Kafein yang berlebihan

Kopi O yang sedap diminum di kala petang


Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko. 

Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis)  dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma. 

Kesan Pengambilan Kafein 

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya. 

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung. 

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali  kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan. 

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.  

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak. 

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus  yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut. 

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg  kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan  nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein. 

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu. 

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut. 

Kesan jangka panjang 

Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.   

Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung. 

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.   

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.


Kaedah untuk mengurangkan kandungan kafein.



Anda boleh menggunakan kulit kayu manis untuk mengurangkan kafein didalam minuman anda. Bagaimana caranya? Ambillah satu batang kulit kayu manis dan rendamkan bersama rendaman kopi atau teh sintetik anda. Inshaallah kandungan kafein akan berkurangan dan anda akan lebih menikmati kesedapan rasa kopi.

Nara sumber : 

  1. http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=524
  2. Kuliah urutan saya bersama Wak Mael di TIAF.
Dicatat pada Rabu jam 10.07 PM

Antara Testimoni Pasien Yang Datang.

| Sakit belakang hilang |

Zaid, owner kedai Restoran Atas Bukit dah lama sakit belikat. Kata kawan-kawan, "Angin ni. Kau pergi la buat bekam."


Balas si Zaid, "Apa susah cari pembekam.Jiran aku buat bekam."



Zaid telefon saya beberapa kali. Nak buat sangat bekam. Dah tak tahan dengan sakit belikatnya. Kadang-kadang tak boleh tidur. Alhamdulillah bila bertemu saya katakan pada dia "Tak payah buat bekam. Buat akupuntur saja cukup. InshaAllah selesai."


Hari ini, sang isteri beri testimoni. Sakit sudah hilang. Alhamdulillah, kesembuhan milik Allah.





  • Pada kes awal, beliau hanya mahu buat bekam. Tapi setelah hasil diagnos, dia tak perlu untuk dibekam. Tapi perlu untuk di akupuntur sahaja. 
  • Pasien ada masalah pada belikat. Ini kerana mengangkat kuali, mengacau dan sebagainya. Maka poin hanya di khususkan di bahagian situ sahaja dan tulang belakang.
  • Sebelum di akupuntur, saya lakukan terapi Yumeiho pada saudara Zaid.
SMS  saya di talian 013-2939169 untuk temujanji terapi bersama saya. Boleh juga PM di Pusat Terapi Bekam Batang Kali. Sama-sama ikhtiar dan berserah pada Allah. Allah yang Menyembuh dan tidak ada yang menyembuh melainkan Allah.

Teori Akupuntur

Akupuntur ialah teknik terapi yang terkenal datangnya dari bangsa Cina. Teknik yang sudah berabad lamanya dan terus diamalkan sehingga hari ini. Teknik ini amat bermanfaat bagi mengalirkan semula Chi yang bergerak di sepanjang meridian badan.

Akupuntur menggunakan teknik tusukan jarum. Tusukan ke atas 365 tempat yang berada di sepanjang badan. Tidak semestinya pesakit yang akan datang akan kena 365 tusukan.

Teori Meridian (Secara asasnya)




Di dalam badan kita, ada beberapa meridian. Ada meridian Usus Besar, meridian Usus Kecil dan pelbagai meridian organ dalam badan. Meridian juga dikenal sebagai laluan ataupun channel. Di setiap channel, akan mengalirnya Chi ataupun dipanggil sebagai energi.

Mengikut konsep TCM, ketidakseimbangan aliran energi sepanjang meridian akan menyebabkan pelbagai penyakit yang datang. Jadi, tusukan pada poin tertentu akan 'boost' energi agar bergerak secara normal sepanjang meridian.

Evolusi Akupuntur




Semasa saya dalam kelas akupuntur, Dr Halim (pengajar saya) pernah menceritakan tentang konsep 9 needles. Lihat saja pada gambar di atas. Ngeri juga sebenarnya. Tapi InshaAllah mujarab.

Tetapi sekarang, akupuntur moden tidak menggunakan lagi jarum di atas. Jarum yang digunakan lebih halus, dan lebih mudah digunakan. Ada beberapa jenis bahan jarum. Kebiasaannya ialah besi biasa yang mana digunakan sekali pakai. Ada juga jarum yang dibuat dari emas. Dan mengikut teori, jarum yang dibuat dari emas adalah lebih baik kerana ianya boleh menghasilkan rangsangan yang lebih kuat. Dan semestinya, jarum yang dibuat dari emas ni kena pakai semula la. Rugi woo kalau buang. :D

Ingin merawat masalah anda melalui kaedah terapi akupuntur? Hubungi saya di talian 013-2939169 (FIKRI) untuk tempahan slot serendah RM 25 sahaja.