Bekam terbahagi kepada dua iaitu bekam kering dan bekam basah. Jom sama-sama kita mengenali kedua-dua jenis bekam ini dengan lebih lanjut. InsyaAllah..
Bekam kering
ehsan encik google
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam basah
ehsan encik google
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
"INSYAALLAH KAMI BERIKHTIAR UNTUK MENGUBAT DAN SESUNGGUHNYA YANG BAGI SEMBUH HANYA ALLAH SWT"