| Sakit belakang hilang |
Zaid, owner kedai Restoran Atas Bukit dah lama sakit belikat. Kata kawan-kawan, "Angin ni. Kau pergi la buat bekam."
Balas si Zaid, "Apa susah cari pembekam.Jiran aku buat bekam."
Zaid telefon saya beberapa kali. Nak buat sangat bekam. Dah tak tahan dengan sakit belikatnya. Kadang-kadang tak boleh tidur. Alhamdulillah bila bertemu saya katakan pada dia "Tak payah buat bekam. Buat akupuntur saja cukup. InshaAllah selesai."
Hari ini, sang isteri beri testimoni. Sakit sudah hilang. Alhamdulillah, kesembuhan milik Allah.
- Pada kes awal, beliau hanya mahu buat bekam. Tapi setelah hasil diagnos, dia tak perlu untuk dibekam. Tapi perlu untuk di akupuntur sahaja.
- Pasien ada masalah pada belikat. Ini kerana mengangkat kuali, mengacau dan sebagainya. Maka poin hanya di khususkan di bahagian situ sahaja dan tulang belakang.
- Sebelum di akupuntur, saya lakukan terapi Yumeiho pada saudara Zaid.
SMS saya di talian 013-2939169 untuk temujanji terapi bersama saya. Boleh juga PM di Pusat Terapi Bekam Batang Kali. Sama-sama ikhtiar dan berserah pada Allah. Allah yang Menyembuh dan tidak ada yang menyembuh melainkan Allah.

