Kursus Iridologi Gunaan Asas

Assalamualaikum. Semoga sihat selalu kepada pembaca.
Selamat juga menyambut Ramadhan yang akan tiba esok hari.
Malam ini kita akan berterawih 20 rakaat di surau atau masjid-masjid.
Semoga Ramadhan kita lebih berkualiti berbanding tahun lepas.

Alhamdulillah saya (Muhammad Fikri) telah berjaya menghadirkan diri sampai habis kursus iridologi di Pusat Rawatan dan Latihan Holistik Nurul Iman di Hulu Langat. Banyak pencerahan yang saya dapat disamping mempelajari tentang bagaimana diagnos pesakit melalui anak mata.

Satu perkara yang baru apabila kita menambah kemahiran mendiagnos pesakit yang mana sebelum ini hanya menggunakan tapak tangan sahaja.

Bak kata Haji Ramly,pengurus besar Pusat Rawatan dan Latihan Holistik Nurul Iman, ada 3 perkara yang penting dalam perawatan.

1-Diagnos
2-Rawat
3-Ubat/Produk

Gambar saya semasa praktikal :)