Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah Allah masih hidupkan kita dalam keadaan nikmat iman dan Islam. Semoga Allah terus menerus mengafiatkan kita untuk terus taat padanya. InshaAllah.
Sewaktu skrol di muka buku atau dikenali sebagai Facebook, saya tertarik dengan 1 post oleh Ustaz Wan Asrul, pengasas Terapi Islam Al Fatah tentang darah kotor.
Satu post yang menarik.
Saya quotekan tulisan beliau di wall facebooknya.
"Darah kotor yang selama ini diperkatakan itu adalah istilah yang amat ridak sesuai digunakan dalam Terapi Bekam. Darah kotor membawa maksud darah yang mempunyai kuman yang boleh berjangkit, boleh menular dan tidak boleh disentuh. Berlainan keadaan istilah darah kotor sesuai digunakan jika tukang bekam membekam seorang pesakit HIV atau AIDS, itu jelas, darah dari tubuh pesakit tersebut adalah darah kotor.
Maka istilah yang lebih sesuai digunakan adalah Darah Yang Bermasalah atau Darah Stasis atau Stagnasi Darah "
Saya selalu mengikuti post beliau di facebook. Banyak maklumat menarik yang beliau kongsikan, terutamanya dalam bidang perawatan alternatif. Dan saya bercita-cita untuk menjadi sebahagian dari penuntu ilmu perawatan dengan beliau. Dan InshaAllah bakal menjadi kenyataan. Saya akan menghadiri kursus asas terapi bekam bersama Al Fadhil Ustaz di Shah Alam pada 15 September ini.
InshaAllah bersama kita memartabatkan Thibbun Nabawi, berserta dengan ilmu yang sahih. Bukan meroyan membangga diri.
Jumpa lagi di entri lain.
