Jarum Yang Sesuai Digunakan.



Pemilihan jarum atau lancet bekam memainkan peranan penting dalam Terapi Bekam, hal ini kerana tujuan utama bekam adalah merai Sunnah Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam.

Jika bekam cara sunnah, perlu menggunakan mata pisau seterusnya dicantuk (bukan toreh ya), bahasa arabnya dipanggil kibrotan atau syartah. Pentingnya konsep ini adalah untuk memastikan tindak balas kepada sel kulit dan darah, semasa membuat cantukan atau petikan, bahagian lapisan kulit subketeneus akan melepaskan histamin untuk membebaskan oksida bagi pembaikan sel kulit mati dan sel darah yang lemah, histamin akan terbebas hanya apabila ada rasa perit atau pedih sedikit. Hal ini hanya akan terjadi dengan konsep syartah atau kibrotan (torehan -cantukan).

Apabila masuk ke era moden, penggunaan mata pisau agak sedikit menggerunkan mereka yang ingin berbekam, maka pengunaan jarum atau lanset diperkenalkan.

Penggunaan jarum pelbagai saiz diperkenalkan, saiz 21G, 23G, 26G, 28G mula dipasarkan.

Adapun saiz jarum yang paling ideal dan menyerupai konsep syartah atau kibrotan adalah 21G, jarum saiz lain dengan istilah lain boleh berisiko memberi mudharat kepada orang yang dibekam, kerana terlalu halus, dan boleh berisiko kepada tetanus (kancing gigi). Ini adalah kerana halusnya jarum tersebut akan membuatkan oksida terperangkap pada lapisan kulit dan akan menjadikan histamin yang dibebaskan tidak mampu membawa kepada pembaikan sel atau darah malahan akan membawa kepada masalah lebihan oksida di dalam darah.

Ramai yang 'komplen' jarum 21G agak pedih berbanding jarum saiz lain, sudah tentu agak sedikit pedih kerana bentuknya yang lebar dan menyerupai cantukan mata pisau, dan sememangnya di dalam terapi bekam, pesakit perlu merasa sedikit pedih untuk membuktikan kesan kepada pembebasan oksida, dan hal ini telah dikaji dari awal lagi, cuma perasaan sedikit 'manja' membuatkan diri tidak mampu menahan sedikit pedih(bagaimana mungkin hendak menahan libasan pedang di dalam peperangan, bagaimana mungkin hendak menahan hentaman peluru di medan pertempuran jika tusukan jarum 21G tidak mampu ditahan).

Jadi, jika ada yang menawarkan khidmat terapi bekam tanpa ada rasa perit atau sakit, maka BERHATI-HATI. Ini amat berbahaya.

Oleh itu, pilihlah tukang atau jurubekam yang benar-benar memahiri bidang mereka supaya anda yang dibekam tidak menerima kemudaratan disebalik hendak mengelakkan kemudaratan.


Dipetik dari Ustaz Wan Asrul (Pengasas TIAF)

#FAKTA KESIHATAN 4 : Migrain

Tadi saya ke Fajar Ilmu untuk membeli kitab Munyatul Musolli. Terdengar perbualan pengurus kedai bersembang dengan klien.

" Hari ini orang suka-suka untuk ambil ilmu dari buku bertulis yang diterjemah oleh orang Indonesia. Tanpa menyatakan sumber. Hal ini menunjukkan ketidak profesionalan si penciplak."

Ceritanya panjang. Tapi moralnya, jangan berlagak pandai. Tak kira la dalam apa bidang sekalipun. Bodoh tetap bodoh. Jangan berlagak pandai. Apabila quote sesuatu, nyatakan sumber. Agar bila ada masalah dirujuk, boleh dirujuk semula kepada si asal.

Oleh kerana itu, seruan ini saya laksanakan. InshaAllah saya akan quote dari mana-mana sumber untuk penyebaran maklumat di blog bekam ini.

Ok masuk cerita. nak cerita migrain. Saya bukan doktor boleh hurai pasal migrain ni.Tapi kena ambil tahu dari sumber yang benar bagaimana migrain boleh berlaku.

Belek punya belek kat youtube, terjumpalah video tentang migrain. Dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


Dan bekam boleh membantu untuk menghilangkan migrain. Buktinya ialah memang ramai pesakit migrain mengakui kemujaraban bekam di kawasan kepala. Antaranya ialah mak saya sendiri. Alhamdulillah sangat jarang tengok dia sakit kepala. Berkat bekam, sakit kepala beliau dapat dikurangkan.

Jom kita layan video abang yang dah lama kena migrain. Migrain agak berat kerana banyak cup yang dibekam. Pengeluaran darah terlampau banyak. Ini bermakna pembekam menggunakan teknik yang sama seperti kami guna. Iaitu membekam menggunakan pisau.

Jom kita layan sat.


Menarik bukan?

Perubahan dengan angka yang agak besar apabila ramai telah mengalih arah ke rawatan bekam. Kesannya sangat efektif.

Anda boleh dapatkan rawatan di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali. Kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk membantu anda merawat penyakit migrain yang melanda anda.

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"
(Tak ada kena mengena.Hehe)

# PERKONGSIAN PENGALAMAN : Pesakit Ulang Semula.

Assalamualaikum. Saya kini berada di Kulim, Kedah. Menghadiri walimah anak saudara sambil membawa set bekam.

Saya membekam 3 orang hari ini. Semuanya pertama kali membekam. Sorang nak menhidupkan sunnah nabi (pertama kali), seorang lenguh pinggang dan seorang kebas tangan.

Alhamdulillah ketiga-tiganya telah selamat dibekam dengan menggunakan pisau. Kesannya menakjubkan.

Sejak Pusat Rawatan Bekam Batang Kali beroperasi dari Januari, kami telah menerima pesakit yang kebanyakannya menghidap penyakit migrain. Poin bekam di puncak kepala.

Kemudian orang yang kena gout. Kumpulan yang kedua diklasifikasikan kedalam rekod yang mempunyai jumlah yang ramai sekali datang buat rawatan.

Tadi saya dapat panggilan dari Bob. Duduk di Kuala Kubu Bharu. Dia tanya, "Malam ni ada bekam tak?" Saya cakap, "Tak ada. Saya di Kulim."

"Baru nak ingat nak bekam untuk gout.Nanti dah balik beritahu la"

Saya mempunyai hasrat yang besar untuk membantu orang lain. Mudah-mudahan ianya menjadi sebab untuk dapat keredhaan Allah di akhirat kelak.

Pesakit ulang menandakan bahawa mereka berpuas hati dengan servis kita. Itu adalah rahmat dari Allah. Saya hanya insan manusia yang diberikan sedikit kepandaian dalam berbekam.

Abang Bob datang awal dahulu untuk kali pertama bekam. Kepala selalu pening. Darah tinggi lagi. Masa mula-mula appointment dia tanya saya, "sakit tak bekam?saya pertama kali nak buat bekam ni"

"Abang datang dulu. Dia kena rasa baru la dapat cerita."

Saya bekam dia di bahagian leher,bahu dan pinggang. (Masa tu pakai jarum lagi.)

Perubahan yang didapati,

1- Tekanan darah tinggi menurun.
2- Kepala dah tak pening lagi.
3- Badan rasa ringan.

Memang dia ada janji nak datang bekam lagi. InshaAllah kami cuba sedaya yang termampu.\\

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan ketaatan pada Allah. ALLAHUMMA AMINN :)