Assalamualaikum. Saya kini berada di Kulim, Kedah. Menghadiri walimah anak saudara sambil membawa set bekam.
Saya membekam 3 orang hari ini. Semuanya pertama kali membekam. Sorang nak menhidupkan sunnah nabi (pertama kali), seorang lenguh pinggang dan seorang kebas tangan.
Alhamdulillah ketiga-tiganya telah selamat dibekam dengan menggunakan pisau. Kesannya menakjubkan.
Sejak Pusat Rawatan Bekam Batang Kali beroperasi dari Januari, kami telah menerima pesakit yang kebanyakannya menghidap penyakit migrain. Poin bekam di puncak kepala.
Kemudian orang yang kena gout. Kumpulan yang kedua diklasifikasikan kedalam rekod yang mempunyai jumlah yang ramai sekali datang buat rawatan.
Tadi saya dapat panggilan dari Bob. Duduk di Kuala Kubu Bharu. Dia tanya, "Malam ni ada bekam tak?" Saya cakap, "Tak ada. Saya di Kulim."
"Baru nak ingat nak bekam untuk gout.Nanti dah balik beritahu la"
Saya mempunyai hasrat yang besar untuk membantu orang lain. Mudah-mudahan ianya menjadi sebab untuk dapat keredhaan Allah di akhirat kelak.
Pesakit ulang menandakan bahawa mereka berpuas hati dengan servis kita. Itu adalah rahmat dari Allah. Saya hanya insan manusia yang diberikan sedikit kepandaian dalam berbekam.
Abang Bob datang awal dahulu untuk kali pertama bekam. Kepala selalu pening. Darah tinggi lagi. Masa mula-mula appointment dia tanya saya, "sakit tak bekam?saya pertama kali nak buat bekam ni"
"Abang datang dulu. Dia kena rasa baru la dapat cerita."
Saya bekam dia di bahagian leher,bahu dan pinggang. (Masa tu pakai jarum lagi.)
Perubahan yang didapati,
1- Tekanan darah tinggi menurun.
2- Kepala dah tak pening lagi.
3- Badan rasa ringan.
Memang dia ada janji nak datang bekam lagi. InshaAllah kami cuba sedaya yang termampu.\\
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan ketaatan pada Allah. ALLAHUMMA AMINN :)