#FAKTA KESIHATAN 4 : Migrain

Tadi saya ke Fajar Ilmu untuk membeli kitab Munyatul Musolli. Terdengar perbualan pengurus kedai bersembang dengan klien.

" Hari ini orang suka-suka untuk ambil ilmu dari buku bertulis yang diterjemah oleh orang Indonesia. Tanpa menyatakan sumber. Hal ini menunjukkan ketidak profesionalan si penciplak."

Ceritanya panjang. Tapi moralnya, jangan berlagak pandai. Tak kira la dalam apa bidang sekalipun. Bodoh tetap bodoh. Jangan berlagak pandai. Apabila quote sesuatu, nyatakan sumber. Agar bila ada masalah dirujuk, boleh dirujuk semula kepada si asal.

Oleh kerana itu, seruan ini saya laksanakan. InshaAllah saya akan quote dari mana-mana sumber untuk penyebaran maklumat di blog bekam ini.

Ok masuk cerita. nak cerita migrain. Saya bukan doktor boleh hurai pasal migrain ni.Tapi kena ambil tahu dari sumber yang benar bagaimana migrain boleh berlaku.

Belek punya belek kat youtube, terjumpalah video tentang migrain. Dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


Dan bekam boleh membantu untuk menghilangkan migrain. Buktinya ialah memang ramai pesakit migrain mengakui kemujaraban bekam di kawasan kepala. Antaranya ialah mak saya sendiri. Alhamdulillah sangat jarang tengok dia sakit kepala. Berkat bekam, sakit kepala beliau dapat dikurangkan.

Jom kita layan video abang yang dah lama kena migrain. Migrain agak berat kerana banyak cup yang dibekam. Pengeluaran darah terlampau banyak. Ini bermakna pembekam menggunakan teknik yang sama seperti kami guna. Iaitu membekam menggunakan pisau.

Jom kita layan sat.


Menarik bukan?

Perubahan dengan angka yang agak besar apabila ramai telah mengalih arah ke rawatan bekam. Kesannya sangat efektif.

Anda boleh dapatkan rawatan di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali. Kami menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk membantu anda merawat penyakit migrain yang melanda anda.

"Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"
(Tak ada kena mengena.Hehe)