# PENGUMUMAN : Pengkhataman Kitab Safinatunnajah

Kitab Yang DigunaPakai Semasa Pengajian Mingguan Pusat Rawatan Bekam Batang Kali

Segala puji bagi Allah, Rabb yang telah mencipta dunia ini dengan qudratNya.
Yang telah menciptakan manusia dengan asbab air mani yang hina, yang telah manusia dari pelbagai bangsa untuk berkenalan antara satu sama lain.

Rabb yang telah mengutuskan Al Musthofa Salallahu A'laihi Wasallam sebagai rahmat kepada sekalian insan dan alam. Yang mana diutuskan Al Habib Al Musthofa sebagai mualliman.

Syukur kepada Allah, pada hari ini kami telah mengkhatamkan kitab asas di dalam fiqh mazhab Syafie, 'Matan Safinatunnajah' karangan Almarhum Sheikh Salim bin Sumair Al Hadhrami rahimahullah.

Dan Inshaallah kami akan menyambung pengajian seterusnya akan disambung menggunakan kitab Munyatul Musolli, karangan ulama Nusantara, Sheikh Daud Abdullah Fathani rahimahullah. Kitab yang diberkati oleh Allah. 

Kitab Yang Akan Dibaca pada majlis pengajian akan datang

Semoga ALLAH mengasihi kita dan hadirin yang hadir. Amin


# NASIHAT KAMI 2: Stop Bekam Ekstrim!

contoh bekam ekstrem

Bekam adalah sunnah Nabi Muhammad salallahu a'laihi wasallam.Bekam adalah rawatan yang mana darah dikeluarkan dari bawah kulit pesakit melalui torehan. Saya telah berkongsi tentang torehan dalam post yang lepas.

Cumanya,apa yang hendak diceritakan secara ringkas adalah mengenai bekam ekstrim.

Tidaklah bermaksud membekam itu ekstrim.Tetapi pembekam melalui cara pembekamannya itu membahayakan pesakit.Bekam kini merupakan rawatan yang kian berkembang. Dan menjadi satu tanggungjawab kepada pembekam untuk mengetahui tentang ilmu bekam secara tepat dan betul. 

Menjadi tabib bekam bukan semudah yang disangka. Ironinya, ramai tabib bekam menjadikan duit sebagai satu maksud. Menawarkan servis kepada pelanggan. Ada yang cas murah, kerana operasinya di rumah. Ada yang cas mahal, kerana operasinya di kawasan sewa. Pendek kata, perniagaan dengan bekam bukanlah MAKSUD, tetapi bagaimana pesakit yang dirawat dapat sembuh dengan sebab bekam yang dibuat dengan  cara yang betul.

Contoh yang terbaik adalah seperti gambar di atas. Apa yang dapat dilihat disini ialah torehan itu dalam. Dan pastinya ia menyakitkan pesakit. Pesakit menanggung kesakitan kerana luka yang dalam asbab kelemahan kemahiran pembekam yang membekam menggunakan pisau. Sudah pasti ianya bakal meninggalkan parut.

Saya menyeru agar pembekam tidak menyakitkan pesakit.Janganlah sampai sebab kita orang tidak mahu lagi mengamalkan bekam yang merupakan antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad sallahu a'laihi wasallam. Seronok bila tengok orang sembuh,tapi lebih merana bila kita tengok orang jauh dari sunnah nabi yang mulia.

Wallahu a'lam.:)

Ketagih nak berbekam?

 
diambil dari blog : Aziz fam
 
Ramai orang tanya saya, "ketagih tak bila lepas buat bekam? Ramai orang cakap macamtu."
 
Saya hanya cakap. Saya tak pernah pun ketagih bekam. Kali terakhir saya berbekam sewaktu saya belajar di KUIS, kemudian selama 2 tahun saya tak berbekam. Tak ketagih pun. Tak la tergila-gila nak pergi berbekam.
 
Pakcik (mungkin boleh saya panggil pakcik) membantu saya untuk menjelaskan tentang ketagihan bekam. Ternyata kita bukannya ketagih, tetapi "RASA LEGA YANG TAK BOLEH LAWAN MANA-MANA PENGUBATAN MODEN"
 
Maka benarlah, sunnah Nabi Muhammad salallahu a'laihi wasallam membawa kejayaan dunia dan akhirat :)



# PENGUMUMAN : Terapi Yang Disediakan di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali

Berikut adalah rawatan terapi yang ditawarkan di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali.

1 - Bekam Darah (Menggunakan Jarum Pakai Buang, Bersaiz 21G)

2 - Bekam Darah (Menggunakan Pisau)

3 - Bekam Luncur

4 - Bekam Angin

6 - Bekam Gout

7 - Bekam Migrain

8 - Bekam Untuk Kelesuan dan Stress

9 - Bekam Overhaul

10- Bekam Asas

11- Bekam Overhaul + Urutan (perlu pada appointment , kerana tukang urut perlu dipanggil)

Kalau rasa terlalu jauh untuk datang ke Batang Kali,maka tak perlu susah-susah.Kami juga menyediakan rawatan di rumah. Perlu kepada appointment.

Coverage kawasan kami : Kuala Lumpur, Hulu Selangor

# INFO BEKAM : Berbekam di Kepala

Assalamualaikum. Semoga pembaca dirahmati Allah Taala.

Hari ni saya cuma nak sembang tentang bekam di kepala.Kawasan yang paling efektif untuk dibekam adalah kawasan di tengah-tengah kepala.

(darah yang keluar agak banyak)

Banyak kelebihan dan manfaat berbekam di kepala. Disamping ianya dapat meringankan kepala, ia juga boleh membantu untuk menstabilkan darah tinggi.

Kami di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali menawarkan khidmat bekam di kawasan kepala.

Ada seorang pakcik,hanya datang untuk berbekam di kepala sahaja. Dan kepalanya ringan, apabila dibekam di kepala dan keadaan darahnya sangat pekat dan berbuih, walaupun beliau datang berulang berbekam dengan kami.

Berbekamlah untuk kesihatan anda.Cegah sebelum parah :)

Jom kita layan bekam kepala dari Hijama Team Singapura.






# PENGUMUMAN : PAKEJ TERBARU KAMI 2013

(Gambar pesakit yang mendapatkan khidmat rawatan kami Mac lalu)

Alhamdulillah pelancaran pakej bekam terbaru. 

MEMPERKENALKAN

"URUTAN SATU BADAN SELAMA 45 MINIT DAN BERBEKAM DI SELURUH TUBUH BADAN"

Hanya dengan kos RM150 sahaja.

Hubungi Fikri : 0132939169

*****Adapun tukang urut kami hanya beroperasi berdasarkan appointment. Sila call lebih awal untuk appointment.

Terima kasih :)

# PERKONGSIAN PENGALAMAN : Torehan menggunakan pisau (First Time)

 
 
Assalamualaikum.
 
Alhamdulillah buat pertama kalinya,saya membekam seorang pesakit menggunakan cara torehan.
 
2 kaedah digunakan,torehan dan tusukan.Tetapi hasilnya,torehan lebih berkesan.
 
Jam 9 malam,saya dihubungi,kawan lama telefon.sakit sangat kepala katanya. Tak apa la,boleh la saya membekam,saya pun tak ada apa-apa program.
 
Dipendekkan cerita,saya hanya menggunakan cup sammora bersaiz 1 dan saiz 2 sahaja untuk bekam badan beliau. Alhamdulillah hasilnya menakjubkan.
 
Saya tengok pada tapak tangannya, Nampak tanda beliau seorang yang stress, banyak angina dalam badan. Bekam angin pada awalnya, kemudian saya menggunakan pen yang baru dibeli ditusukkan pada poin-poin di kepala dan badan. 6 poin keseluruhannya.
 
Tusukan pertama, darah yang keluar sangat minima. Mungkin terjadi atas 2 factor:
 
  1. Tusukan terlampau sedikit. (saya cucuk hanya 21 kali sahaja. Di Pusat Terapi Saujana Utama hanya ajar saya cucuk 15 kali pada satu poin, dan 15 kali lagi pada poin yang kedua)
  2. Darah yang agak pekat untuk keluar. (andaian saya sahaja)
 
 
Oleh kerana saya tak puas hati tentang hasil darah,maka saya memutuskan untuk pakai pisau. Saya minta kebenaran dan dia kata ok saja.
 
So pakailah pisau. Alhamdulillah tak berdebar pakai pisau, walaupun kali pertama. Kerana kesihatan yang terhasil dari bekam (dengan izin allah) adalah lebih diharapkan.
 
Saya bersihkan darah, dan saya torehkan sikit kulit kepala. (SILA JANGAN BUAT KALAU TAK MAHIR)
 
Pertama : darah yang keluar sangat memuaskan hati (tak semestinya darah kena keluar banyak)
 
Kedua : Kesakitan migraine beliau berkurangan dan badan sangatlah ringan.
 
Ketiga : Angin yang beliau rasakan berpusing di perut hilang dan beliau banyak sendawa.
 
Alhamdulillah a'la kulli hal kerana lepas bekam, migraine beliau hilang, angin banyak keluar dan badan pun ringan.
 
 


#NASIHAT KAMI : Torehan Menggunakan Pisau

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Syukur pada Allah Taala Yang memberi nikmat yang putus-putus untuk saya yang faqir disisiNya.

Alhamdulillah,Pusat Rawatan Bekam Batang Kali telah mula beroperasi sejak January 2013, dan pada saat ini kami telah mula beroperasi sepanjang 3 bulan.

Pelbagai lapisan pesakit datang, dan mengalami perubahan setelah berbekam dengan kami.

Alhamdulillah,kami terus-menerus meningkatkan rawatan dan skill bekam kami, dengan mempelajari cara mendiagnos pesakit. Perlu difahami bahawa berbekam bukan suatu perkara yang mudah dan pembekam perlu tahu mendiagnos pesakit agar mengetahui titik yang tepat untuk dibekam.

Bekam bukan merupakan kuasa magis untuk menyembuhkan pesakit dari jarak jauh,tetapi pesakit perlu datang untuk dibekam dan merasai sendiri betapa enaknya berbekam. :)


TOREHAN

(bukan gambar saya.ihsan wak google :D )

Di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali, kami masih lagi menggunakan lancet device. Tetapi InshaAllah akan merawat menggunakan pisau torehan.

Bekam juga telah mengalami transformasi, seiring dengan peredaran zaman. Dari tanduk ke cup bekam, dari pisau ke lancet device. Pendek kata, bekam juga tidak ketinggalan ditelam zaman.

Apapun yang terbaik tetap torehan pisau.

Saya ada beberapa bukti menyatakan bahawa torehan lebih baik,2 daripadanya merupakan tokoh dalam rawatan alternatif.


  1. Dr Wadda (pakar terapi bekam dari Indonesia) menyatakan dalam bukunya, darah yang paling baik keluar adalah dari torehan bukan dari tusukan.
  2. Ustaz Radzi (herbalis HPA,saya pernah mengikuti kursus Fasdu dengan beliau)menyatakan bahawa, apabila berbekam dengan menggunakan pisau, kolestrol yang akan keluar adalah maksima dan tempoh masanya lebih cepat.
  3. Yang iterakhir:

    "TOREHAN ADALAH LEBIH RAPAT DENGAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SALALLAHU A'LAIHI WASALLAM"


Oh ya, hari ini jam 6 petang saya telah menamatkan pengajian bekam bersama Thabib Ustaz Halim.Kaedah bekam ialah torehan pisau :)

Sekian dari saya :

Muhammad Fikri bin Md Rosdi,
Pengasas Pusat Rawatan Bekam Batang Kali.

Pertambahan Servis Di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali

Assalamualaikum.

Inshaallah kami akan menambah perkhidmatan baru di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali.
Jangkaannya bermula pada selepas pilihanraya dan hanya di buat pada siang Sabtu dan Ahad sahaja.

Ini kerana berlainan orang yang menawarkan servis,maka terpaksalah di fix kan masanya pada hari Sabtu dan Ahad saja untuk servis baru.

Adapun,  rawatan berbekam masih berjalan seperti biasa :)