Assalamualaikum.
Alhamdulillah buat pertama kalinya,saya membekam seorang pesakit menggunakan cara torehan.
2 kaedah digunakan,torehan dan tusukan.Tetapi hasilnya,torehan lebih berkesan.
Jam 9 malam,saya dihubungi,kawan lama telefon.sakit sangat kepala katanya. Tak apa la,boleh la saya membekam,saya pun tak ada apa-apa program.
Dipendekkan cerita,saya hanya menggunakan cup sammora bersaiz 1 dan saiz 2 sahaja untuk bekam badan beliau. Alhamdulillah hasilnya menakjubkan.
Saya tengok pada tapak tangannya, Nampak tanda beliau seorang yang stress, banyak angina dalam badan. Bekam angin pada awalnya, kemudian saya menggunakan pen yang baru dibeli ditusukkan pada poin-poin di kepala dan badan. 6 poin keseluruhannya.
Tusukan pertama, darah yang keluar sangat minima. Mungkin terjadi atas 2 factor:
- Tusukan terlampau sedikit. (saya cucuk hanya 21 kali sahaja. Di Pusat Terapi Saujana Utama hanya ajar saya cucuk 15 kali pada satu poin, dan 15 kali lagi pada poin yang kedua)
- Darah yang agak pekat untuk keluar. (andaian saya sahaja)
Oleh kerana saya tak puas hati tentang hasil darah,maka saya memutuskan untuk pakai pisau. Saya minta kebenaran dan dia kata ok saja.
So pakailah pisau. Alhamdulillah tak berdebar pakai pisau, walaupun kali pertama. Kerana kesihatan yang terhasil dari bekam (dengan izin allah) adalah lebih diharapkan.
Saya bersihkan darah, dan saya torehkan sikit kulit kepala. (SILA JANGAN BUAT KALAU TAK MAHIR)
Pertama : darah yang keluar sangat memuaskan hati (tak semestinya darah kena keluar banyak)
Kedua : Kesakitan migraine beliau berkurangan dan badan sangatlah ringan.
Ketiga : Angin yang beliau rasakan berpusing di perut hilang dan beliau banyak sendawa.
Alhamdulillah a'la kulli hal kerana lepas bekam, migraine beliau hilang, angin banyak keluar dan badan pun ringan.
