Syukur pada Allah Taala Yang memberi nikmat yang putus-putus untuk saya yang faqir disisiNya.
Alhamdulillah,Pusat Rawatan Bekam Batang Kali telah mula beroperasi sejak January 2013, dan pada saat ini kami telah mula beroperasi sepanjang 3 bulan.
Pelbagai lapisan pesakit datang, dan mengalami perubahan setelah berbekam dengan kami.
Alhamdulillah,kami terus-menerus meningkatkan rawatan dan skill bekam kami, dengan mempelajari cara mendiagnos pesakit. Perlu difahami bahawa berbekam bukan suatu perkara yang mudah dan pembekam perlu tahu mendiagnos pesakit agar mengetahui titik yang tepat untuk dibekam.
Bekam bukan merupakan kuasa magis untuk menyembuhkan pesakit dari jarak jauh,tetapi pesakit perlu datang untuk dibekam dan merasai sendiri betapa enaknya berbekam. :)
TOREHAN
(bukan gambar saya.ihsan wak google :D )
Di Pusat Rawatan Bekam Batang Kali, kami masih lagi menggunakan lancet device. Tetapi InshaAllah akan merawat menggunakan pisau torehan.Bekam juga telah mengalami transformasi, seiring dengan peredaran zaman. Dari tanduk ke cup bekam, dari pisau ke lancet device. Pendek kata, bekam juga tidak ketinggalan ditelam zaman.
Apapun yang terbaik tetap torehan pisau.
Saya ada beberapa bukti menyatakan bahawa torehan lebih baik,2 daripadanya merupakan tokoh dalam rawatan alternatif.
- Dr Wadda (pakar terapi bekam dari Indonesia) menyatakan dalam bukunya, darah yang paling baik keluar adalah dari torehan bukan dari tusukan.
- Ustaz Radzi (herbalis HPA,saya pernah mengikuti kursus Fasdu dengan beliau)menyatakan bahawa, apabila berbekam dengan menggunakan pisau, kolestrol yang akan keluar adalah maksima dan tempoh masanya lebih cepat.
- Yang iterakhir:
"TOREHAN ADALAH LEBIH RAPAT DENGAN SUNNAH NABI MUHAMMAD SALALLAHU A'LAIHI WASALLAM"
Oh ya, hari ini jam 6 petang saya telah menamatkan pengajian bekam bersama Thabib Ustaz Halim.Kaedah bekam ialah torehan pisau :)
Sekian dari saya :
Muhammad Fikri bin Md Rosdi,
Pengasas Pusat Rawatan Bekam Batang Kali.
