# NASIHAT KAMI 2: Stop Bekam Ekstrim!

contoh bekam ekstrem

Bekam adalah sunnah Nabi Muhammad salallahu a'laihi wasallam.Bekam adalah rawatan yang mana darah dikeluarkan dari bawah kulit pesakit melalui torehan. Saya telah berkongsi tentang torehan dalam post yang lepas.

Cumanya,apa yang hendak diceritakan secara ringkas adalah mengenai bekam ekstrim.

Tidaklah bermaksud membekam itu ekstrim.Tetapi pembekam melalui cara pembekamannya itu membahayakan pesakit.Bekam kini merupakan rawatan yang kian berkembang. Dan menjadi satu tanggungjawab kepada pembekam untuk mengetahui tentang ilmu bekam secara tepat dan betul. 

Menjadi tabib bekam bukan semudah yang disangka. Ironinya, ramai tabib bekam menjadikan duit sebagai satu maksud. Menawarkan servis kepada pelanggan. Ada yang cas murah, kerana operasinya di rumah. Ada yang cas mahal, kerana operasinya di kawasan sewa. Pendek kata, perniagaan dengan bekam bukanlah MAKSUD, tetapi bagaimana pesakit yang dirawat dapat sembuh dengan sebab bekam yang dibuat dengan  cara yang betul.

Contoh yang terbaik adalah seperti gambar di atas. Apa yang dapat dilihat disini ialah torehan itu dalam. Dan pastinya ia menyakitkan pesakit. Pesakit menanggung kesakitan kerana luka yang dalam asbab kelemahan kemahiran pembekam yang membekam menggunakan pisau. Sudah pasti ianya bakal meninggalkan parut.

Saya menyeru agar pembekam tidak menyakitkan pesakit.Janganlah sampai sebab kita orang tidak mahu lagi mengamalkan bekam yang merupakan antara sunnah-sunnah Nabi Muhammad sallahu a'laihi wasallam. Seronok bila tengok orang sembuh,tapi lebih merana bila kita tengok orang jauh dari sunnah nabi yang mulia.

Wallahu a'lam.:)