Apa khabar semua? Semoga kita masih lagi diberikan kesihatan yang hebat oleh Allah. Mudah-mudahan kesihatan yang diberi oleh Allah dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.
Baik. Tadi saya belik wall facebook saya. Ternyata saya menangkap satu page yang di share oleh kenalan Facebook. Maka saya jumpa satu page yang menarik. Page Dr Hamid Arshat, seorang pakar sakit puan. Lantas saya buka page beliau dan melihat info-info baru dan menarik hati saya. Ya, orang lama dalam bidang sakit wanita. Banyak juga terms yang ditulis yang banyak tidak diketahui oleh saya.
Ternyata pos awal beliau tentang bayi yang diculik dari dalam kandungan. Biasa kita dengar bukan? Saya tidak menolak mentah-mentah pandangan perawatan alternatif yang lain tentang bayi dalam kandungan hilang tiba-tiba sedangkan perut menunjukkan tanda kehamilan. Akan tetapi bayi tiba-tiba hilang.
Disamping tidak mengetepikan kata-kata mereka, saya juga membuka ruang kepada sains untuk membuktikan secara saintifik. Ya, sains tidak menerima mistik. Tetapi untuk kehilangan bayi ini, nama mistik digunakan. Iaitu "Phantom Pregnancy"
Saya kira, Dr Zubaidi menulis isu ini dengan baik.
Sila klik di SINI untuk bacaan lanjut.
Jadi secara mudah, saya ringkaskan di sini. Benda ini tidak mustahil berlaku. Cuma apa yang boleh kita lakukan?
- Jaga amal seharian kita seperti Quran, Zikir, Selawat, Solat-solat sunat dan lain-lain
- Buat amalan pendinding diri. Adab sebelum tidur, bacaan 3 Qul, Manzil, Hizb dan lain-lain.
- Jaga pemakanan
- Banyakkan doa pada Allah, moga Allah mudahkan urusan kita.
Sekian saja. Terima kasih kerana sudi buka, walaupun isu ini bukanlah idea asli yang datang dari saya :)
Assalamualaikum.

















